Saturday, May 17, 2014

JAMUAN SAMBUTAN HARI GURU

Jamuan sambutan hari guru telah dijalankan pada 16 Mei 2014 jam 8.oo malam bertempat di Hotel Orient Star, Lumut. Majlis makan malam tersebut turut dihadiri oleh Pn Zainah bt Yusoff (bekas PK SKSB), Encik Ismail b Abd Karim (bekas guru SKSB) dan Utz Zulhadi b Mohamed (bekas guru SKSB). Pelbagai acara telah dijalankan. Antaranya : penyampaian anugerah-anugerah seperti "Sifar Cuti Sakit", "Sifar Cuti Rehat" kepada guru yang cemerlang, penyampaian cenderhati kepada bekas guru SKSB, dan cabutan bertuah. Majlis tamat pada jam 10.30 malam.






































SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2014

Hari Guru Peringkat Sekolah Wawasan Manjung telah disambut dengan meriahnya pada 16 Mei 2014 bertempat di Dataran Wawasan SKSB. Semua warga sekolah wawasan (SKSB dan SJKTMP) telah berkumpul pada 7.30 pagi untuk menyambut Hari Guru. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, lagu Perak, bacaan doa, bacaan Perutusan Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan, ucapan wakil murid dan ucapan dari guru besar. Selepas itu, semua warga guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan diikuti dengan bacaan ikrar. Pada pukul 9.30 pagi, murid berkumpul di sudut ilmu untuk menyaksikan pelbagai acara persembahan yang disampaikan oleh para guru dan murid. Majlis bersurai pada pulul 12.00 tengah hari.