Thursday, November 13, 2014

LAWATAN PENANDA ARAS DARI IPG IPOH

Pada 12hb November 2014 Isnin, rombongan dari Institut Pendidikan Guru Ipoh telah mengadakan Program Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras ke SKSB. Rombongan ini diketuai oleh 2 orang pensyarah MT dan BT dari IPG bersama dengan 68 orang guru MT dan BT di bawah Program Pensiswazahan. Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh guru besar SKSB Haji Zahidi b Haji Zulkiffli. Rombongan tersebut telah dihiburkan dengan persembahan violin daripada kumpulan ahli violin SKSB. Selepas itu, rombongan tersebut membuat lawatan ke Studio Kreatif KPEC untuk mendapat maklumat mengenai program pengintegrasian ICT dalam PdP yang dijalankan di SKSB. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepadaIPG Ipoh di atas lawatan tersebut. 
















No comments: