Thursday, July 10, 2014

MAJLIS SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR MUDA

Pada 8hb Julai 2014 (Selasa), jam 7.30 pagi, Program Minggu sihat Doktor Muda telah dilancarkan dengan jayanya di SKSB. Dr Haslinda bt Ismail, Pegawai Perubatan berserta Puan Noor Hanizah bt Jamaluddin, Pegawai Pemakanan turut dijemput untuk menghadiri majlis tersebut bagi menyampaikan perutusan daripada Menteri Kesihatan Malaysia serta memberi ceramah kesihatan. Beberapa pertandingan telah disediakan semperna Program Minggu Sihat Doktor Muda. Antaranya adalah seperti : Pertandingan kebersihan kelas dan kebersihan individu.











 

No comments: