Thursday, November 5, 2009
KONVOKESYEN PRA SEKOLAH 2009
Posted by Ruth Ling at 10:51 AM 0 comments
Wednesday, November 4, 2009
PROGRAM RIMUP
Pada pukul 8 pagi, 3 buah sekolah berkumpul di Dataran Wawasan SKSB untuk menjalankan Program RIMUP. Sekolah yang terlibat adalah terdiri daripada : SK Seri Bayu, SJKT Mukim Pundut dan SJKC Ping Min Pundut. Matlamat utama program ini adalah untuk menjalin hubungan silaturahim antara murid dan guru demi mencapai "1Malaysia".
Posted by Ruth Ling at 7:42 AM 0 comments
Friday, October 23, 2009
FAREWELL
In here, I hope both of them will successful in their life endeavours in future.
Posted by Ruth Ling at 5:00 PM 1 comments
LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND
Pada hari Selasa, satu rombongan telah bertolak dari dari SKSB pada pukul 4.30 pagi ke Cameron Highland. Rombongan ini terdiri daripada murid-murid Tahun 6 bersama 14 orang guru SKSB. Tempat-tempat yang telah dilawat adalah terdiri daripada : Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highland, Cameron Valley Tea dan Strawberry Farm.
Posted by Ruth Ling at 8:59 AM 0 comments
Tuesday, October 13, 2009
MAJLIS PENYERAHAN KUNCI STUDIO KREATIF KPEC 2009
Pada 2 petang hari ini, satu Majlis Penyerahan Kunci Studio Kreatif KPEC 2009 telah berlangsung dan ia disempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Tuan Haji Rozi Bin Puteh Ismail. Turut hadir bersama beliau adalah Dato' Yaacob Bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif KPerak Inc Corporation, Encik Mohamad Ishak Bin Mohamad, Pegawai Kurikulum (KPD/ICT) Unit Kurikulum, Encik Muhd Suod Bin Mat Thani, Pegawai Pelajaran Daerah Manjung .
Posted by Ruth Ling at 9:04 PM 0 comments
Friday, October 2, 2009
PENYAMPAIAN HADIAH
Pada pagi ini, guru menyampaian hadiah kepada pemenang bagi pertandingan yang telah dijalankan semalam semperna Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah Tahun 2009.
Bagi kategori Pertandingan Mewarna Tahap 1 dimenangi oleh : Ainur Sofea, Zulfah, Siti Nur Nazurah, Nur Faiza, Nor Khairina, Puteri Nur Ayeasha Aleya, Nurul Aisyah, Noranis Natasha, Nuriffah, Muhd Aqil Izdihar,Muhd Zul Feqar, Wan Fatini Aini, Nurazmina Shamira, Aida Ilyana dan Nabila Huda; Pra Sekolah : Nur Huwaida Najla, Muhd Haziq dan Muhd Firdaus; Pendidikan Khas : Nor Amira Rosli, Tuan Helmi dan Syafik. Sementara pemenang bagi Tilawah Al-Quran dimenangi oleh Muhd Hariz, Alif Nur Aiman, Muhd Nor Adili, Muhd Hafiz, Farah Nadiah, Nadiah Syafiqah, Nur Haziqah dan Nor Adilah Adrina. Tahniah diucapkan!!!
Posted by Ruth Ling at 7:55 AM 0 comments
Thursday, October 1, 2009
SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH
Satu majlis yang istimewa telah berlangsung pada pagi ini, iaitu Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah bersama Sambutan Kanak-kanak Tahun 2009. Majlis ini bermula pada 7.30 pagi dengan bacaan doa, ucapan Guru Besar SKSB, persembahan dari murid Tahap2, Tahap1, Pra Sekolah dan juga Kelas Bermasalah Pembelajaran. Pada pukul 9.30 pagi, pertandingan mewarna Tahap 1 telah dijalankan, sementara satu Ujian Tilawah Al-Quran bagi murid tahap 2 telah berlangsung di Sudut Ilmu SKSB. Jamuan Raya dimulakan pada 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
Posted by Ruth Ling at 12:58 PM 0 comments














